Catatan

TIDUR: RAKAN KARIB KANAK-KANAK

KANAK-KANAK sekarang berjaga tanpa mengira masa. Di AS, 25% kanak-kanak mengalami masalah tidur termasuk berjalan dalam tidur dan gangguan hormon yang melambatkan pembesaran mereka. Kanak-kanak amat perlukan tidur kerana kekurangannya hanya mengganggu kehidupan mereka. Tidur yang nyenyak mencetuskan rembesan hormon pembesaran (HGH). Kekurangannya menyebabkan kanak-kanak kurang berat badan. Rembesan itu sebahagiannya bergantung kepada suhu badan ketika tidur. Tidur menyebabkan penurunan suhu dan hormon. Jika kanak-kanak terus berjaga, suhunya kekal tinggi dan HGH terbantut. Jadual tidur yang tidak menentu turut mengganggu kimia tubuh. Hormon tiroid (yang mempengaruhi paras tenaga ) boleh terlontar, begitu juga kortisol, yang membantu tubuh bertindak balas kepada stres , misalnya melawan jangkitan dan mengawal paras gula dalam darah . Kanak-kanak yang tidak cukup tidur sering berkelakuan aneh , kurang memberi tumpuan , mudah meradang dan tidak sabar . Mereka sukar berkaw

BAGAIMANA TIDUR JEJASKAN OTAK

RAMAI yang menyangka tidur sekurang-kurangnya lima jam sudah mencukupi untuk membolehkan mereka menghadapi hari berikutnya. Tetapi tempoh itu mungkin hanya cukup untuk merehatkan tubuh kerana otak memerlukan banyak tidur. Tidur adalah penting bagi fungsi otak. Otak yang tidur amat aktif beberapa ketika di sebelah malam, melakukan pelbagai tugas psikologi, neurologi dan biokimia.Kesemuanya penting untuk mengekalkan kehidupan, menyusunnya semula dan meningkatkan daya ingatan serta fikiran. MENJEJASKAN DAYA INGATAN PENYELIDIKAN oleh pakar tidur terkemuka tentera AS, Kolonel Gregory Belenky, menjelaskan “fungsi otak merosot ekoran tempoh berjaga yang berpanjangan”. Imej otak berteknologi tinggi yang dikaji oleh Belenky menunjukkan kekurangan tidur yang terkumpul menyusutkan keseluruhan fungsi otak. Lebih penting lagi, ia menjejaskan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap daya tumpuan, perancangan yang sulit serta operasi untuk pulih daripada keaadaan kurang tidur. Selepas

MASALAH MENTAL

Pada tahun 1959, seorang pengulas radio, Peter Tripp, mengumunkan hasratnya untuk berjaga selama 200 jam (lebih lapan hari) sambil meneruskan tugasnya selama 3 jam sehari, untuk mengumpulkan wang bagi tujuan amal. Pengumumannya itu menerima maklum balas daripada beberapa orang psikologis, psikiatris dan pakar perubatan lain, yang cuba menasihati beliau agar tidak meneruskan hasratnya itu. Tripp sebaliknya mempercayai beberapa anekdot perintis dan anggota tentera (yang belum disahkan), yang mendakwa mereka berjaya berjaga sehingga 10 hari di bawah keaadaan yang teruk tanpa menunjukkan sebarang kesan buruk. Bagaimanapun, demi keselamatan dirinya, beliau membenarkan pakar-pakar perubatan mengawasi percubaannya itu. Walaupun Tripp berjaya meneruskan usahanya selama 200 jam tetapi beliau cuba menunjukkan tanda-tanda kemerosotan mental, seperti gangguan fikiran dan kurang waras . Pada penghujung hari ke 4, Tripp gagal menyempurnakan ujian yang paling ringkas, sekalipun membe

TIDAK CUKUP TIDUR

TIDUR menjadi keperluan asas yang penting dalam hidup. Jika kita tidur dengan sempurna, kita akan bangun dengan berasa segar, sentiasa peka dan bersedia menghadapi hari baru. Jika tidak, setiap aspek kehidupan kita akan menerima kesannya. Sepenting udara, makanan dan air TIDUR bukanlah satu kemewahan hidup kerana ia lebih merupakan satu keperluan. Ia membantu memulihara dan mengembalikan otak dan tubuh. Malah, ia penting untuk menjamin kesihatan yang baik. Pakar-pakar kesihatan percaya, kita perlu tidur sama seperti kita perlukan udara, makanan dan air. Malangnya, kita kini semakin kurang mementingkan waktu tidur. Tidur dianggap sudah tidak penting lagi kerana kita kini lebih mengutamakan kerja lain. Keinginan untuk bergaul, bersenam dan berekreasi menyebabkan kita semakin kekurangan waktu tidur. Menurut pakar tidur, amalan sebegini boleh meninggalkan kesan buruk kerana ia berupaya menjejaskan kesihatan, pekerjaan (bagi pelajar, prestasi di sekolah), malah keselamatan diri sendi

TIDUR: PENTING UNTUK KESIHATAN & PANJANG UMUR

TIDUR bukan sekadar “masa rehat” yang perlu dalam kehidupan seharian kerana ia amat penting untuk kesihatan. Jika anda tidak tidur nyenyak atau langsung tidak tidur, anda berisiko mengalami yang berikut: MASALAH KESIHATAN SISTEM IMUN LEMAH. Sistem imun lemah menyebabkan selesema, flu atau jangkitan yang lain . Kajian menunjukkan keadaan kurang tidur yang sederhana sekalipun mengurangkan sel-sel darah putih dan menjejaskan sistem imun. Hasil satu ujikaji lain pula mendapati, apabila anda membiarkan tikus tidur cuma selama 8 jam, dan kemudian mencabar tubuhnya dengan kemasukan bahan asing, antibodi menjadi lemah. Tikus yang kurang tidur kekurangan daya tahanan kepada jangkitan virus influenza dalam paru-paru, selain kurang mampu menghasilkan interferon dan lain-lain pencegah jangkitan yang penting. Kajian terbaru ke atas manusia juga menunjukkan kekurangan beberapa jam tidur boleh mengganggu corak normal maklum balas sistem imun. Sel-sel pembunuh semula jadi dalam sistem