Kesimpulan
Kesihatan merupakan suatu perkara penting yang perlu diambil kira oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, kita haruslah menjaga kesihatan kita dengan baik. Seseorang yang sihat dan cergas merupakan pemangkin di masa hadapan. Kesihatan terdiri dari beberapa aspek iaitu mental, fizikal dan rohani. Jika seseorang dapat menjaga kesemua aspek kesihatan, dia merupakan seseorang yang berjaya membentuk diri ke arah kemajuan hidup yang sebenar-benarnya yang kurang diamalkan oleh beberapa golongan masyarakat hari ini. Kesimpulannya, kita haruslah menekankan diri kita supaya mengamalkan langkah-langkah kesihatan agar kehidupan kita lebih terjamin.