TIDUR: RAKAN KARIB KANAK-KANAK


KANAK-KANAK sekarang berjaga tanpa mengira masa. Di AS, 25% kanak-kanak mengalami masalah tidur termasuk berjalan dalam tidur dan gangguan hormon yang melambatkan pembesaran mereka.
Kanak-kanak amat perlukan tidur kerana kekurangannya hanya mengganggu kehidupan mereka.
Tidur yang nyenyak mencetuskan rembesan hormon pembesaran (HGH). Kekurangannya menyebabkan kanak-kanak kurang berat badan. Rembesan itu sebahagiannya bergantung kepada suhu badan ketika tidur. Tidur menyebabkan penurunan suhu dan hormon. Jika kanak-kanak terus berjaga, suhunya kekal tinggi dan HGH terbantut.
Jadual tidur yang tidak menentu turut mengganggu kimia tubuh. Hormon tiroid (yang mempengaruhi paras tenaga) boleh terlontar, begitu juga kortisol, yang membantu tubuh bertindak balas kepada stres, misalnya melawan jangkitan dan mengawal paras gula dalam darah.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur sering berkelakuan aneh, kurang memberi tumpuan, mudah meradang dan tidak sabar. Mereka sukar berkawan mahupun mengekalkan persahabatan.
Mereka juga tidak menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah, malah tidak patuh kepada arahan. Sesetengahnya tersilap didiagnosa dengan gangguan hiperaktiviti kurang tumpuan (ADFD) apabila mereka terlalu letih untuk memberikan tumpuan.
Ibu bapa sering menjadi dalang di sebalik masalah ini kerana tidak mengutamakan waktu untuk masuk tidur. Memandangkan mereka sendiri kurang tidur, mereka lupa bahawa kanak-kanak bukanlah orang dewasa kecil.
Ibu bapa boleh menggalakkan corak tidur yang sihat di kalangan anak mereka jika mereka menfokus kepada jam tubuh dan jam gerak.
Jangan melengahkan waktu tidur anak-anak pada hujung minggu. Mengubah masa tidur dan masa jaga meskipun selama 3 jam hanya kerana cuti hujung minggu – 2 hari berjaga lewat dan bangun pagi lebih lewat daripada biasa – boleh mengubah jam dalaman, menjadikan kanak-kanak itu letih dan bebal.

Berapa lama kanak-kanak perlu tidur?

KANAK-KANAK memerlukan waktu tidur yang berbeza apabila semakin membesar.

Usia (Tahun)
Tidur yang diperlukan (Jam)
5
11
7
10.5
9
10
11
9.5
13
9.0-9.5
15
8.5-9.0

PASTIKAN MEREKA CUKUP TIDUR

Berikut diberikan petua untuk mengenali sama ada kanak-kanak mengalami masalah tidur, dan cara menyelesaikannya:


Tanda-tanda masalah tidur
  • Mengambil masa lebih 45 minit untuk terlelap
  • Sukar bangun pada waktu pagi.
  • Sukar tidur semula jika terbangun di tengah malam.
  • Kuat berdengkur atau sesak nafas.

Langkah yang boleh diambil
  • Jadikan waktu tidur untuk mengeratkan kasih sayang, dan bertegaslah mengenai waktu tidur.
  • Gunakan rutin biasa dan senyap, seperti mandi, memeluk dan bercerita.
  • Kecilkan cahaya lampu apabila menghampiri waktu tidur.
  • Pastikan anak anda masuk tidur sebelum mereka mula terlelap.
  • Berbincanglah dengan pakar kanak-kanak jika kesemuanya tidak menjadi.

Langlah yang perlu dielak
  • Jangan penuhkan bilik tidur dengan barang mainan. Anak patung atau selimut sudah mencukupi.
  • Jangan ambil kafein atau makanan berat sebelum masuk tidur.
  • Jangan letak TV dalam bilik tidur. Batasi waktu menonton TV atau komputer sejam sebelum masuk tidur.

Sumber: Sistem Kesihatan Universiti Michigan, Sekolah Perubatan Universiti Brown


TINGKATKAN RISIKO KECEDERAAN KANAK-KANAK

MENGIKUT satu kajian yang diterbitkan dalam Pediatrics (Februari 2001), kanak-kanak yang tidur kurang daripada 10 jam sehari menanggung 85% risiko mendapat kecederaan:
  • Jatuh (42.5%) bagi kebanyakkan kecederaan; diikuti oleh
  • Terhantuk benda (16.4%); dan
  • Kemalangan ketika berbasikal (13.4%). Kebanyakkan kanak-kanak didapati tidak melakukan sesuatu yang berbahaya ketika itu. Mereka cuma kurang tidur berbanding 10 jam pada waktu malam sebelumnya, atau tidak tidur sekejap pada waktu tengah hari.


MENJEJASKAN PRESTASI DI SEKOLAH

Tidak cukup tidur boleh menyebabkan pencapaian yang rendah di sekolah. Kajian pada tahun 1998 oleh dua orang psikologis ke atas lebih 3,000 pelajar sekolah tinggi mendapati pelajar yang mendapat gred C, D dan F kurang tidur kira-kira 25 minit dan masuk tidur kira-kira 40 minit kemudian berbanding pelajar yang memperolehi gred A dan B.

REMAJA. Pelajar adalah antara golongan yang paling ramai tidak cukup tidur. Di AS, 30% pelajar tertidur dalam kelas sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Purata seorang remaja memerlukan kira-kira 9 jam waktu tidur, (pakar biasanya menyarankan 10 jam). Tetapi remaja Amerika kini tidur kurang daripada 7 jam menyebabkan ramai yang mengantuk pada waktu siang.
Jika mereka tidur selama 9 jam dan bukannya 7 jam, mereka mungkin telah menghabiskan kira-kira 137 hari dalam menyihatkan badan dan tidur.
Tidak cukup tidur membuatkan mereka mengantuk di dalam kelas, yang menghilangkan tumpuan mereka. Kerana mereka kurang peka, pencapaian di sekolah turut terjejas. Mereka mengalami perubahan mood dan motivasi yang memburukkan lagi masalah emosi dan tingkah laku.


RITMA SIRKADIAN BERBEZA

Menurut pakar tidur, sungguhpun kebanyakkan kita beroperasi mengikut pusingan 24 jam atau ritma sirkadian, jam dalaman remaja biasanya bergerak lebih perlahan, dengan pusingan 26-30 jam. Tiada gunanya menyuruh mereka masuk tidur kerana jam dalaman mereka baru menunjukkan pukul 8 malam.
Apabila jam gerak berbunyi pada pukul 7 pagi, tubuh mereka memberitahu mereka ia pukul 4 pagi. Disebabkan terlalu mengantuk, mereka memaksa diri untuk ke sekolah.
Sekolah mungkin disusun untuk memenuhi keperluan pendidikan, tetapi jadualnya ditetapkan untuk menyenangkan orang dewasa.


Tindakan di luar negara

Masalah tidak cukup tidur di kalangan remaja begitu serius sehingga satu undang-undang telah diperkenalkan oleh Kongres AS untuk menggalakkan sekolah-sekolah menetapkan waktu bermula agak lewat – bukan memendekkan hari sekolah.
Para pelajar di sekolah yang waktu bermulanya dilewatkan, didapati lebih berminat dengan apa yang mereka lakukan dan lebih memfokus.
Sekolah-sekolah tinggi di Minnesota yang memulakan waktu persekolahan pada pukul 8.30 pagi – sejam lebih awal dari kebiasaan – melaporkan tentang peningkatan pencapaian pelajarnya dan menurunkan masalah disiplin.
Pada tahun 1988, Montgomery County, Maryland, memutuskan untuk memberi pilihan kepada para pelajarnya mengenai waktu persekolahan bermula, antara 7.25 hingga 9.15 pagi.

REMAJA. Satu kajian menunjukkan remaja tidur kurang daripada 6½ jam pada setiap malam hari sekolah, atau tidur lewat selama dua jam pada hujung minggu, mengadu lebih kerap tertekan berbanding remaja yang lebih banyak tidur.
Tidur yang tidak sempurna juga menyebabkan remaja sukar mengawal emosi. Misalnya, jika berhadapan dengan tugas yang sukar, remaja yang kurang tidur lebih cenderung marah atau agresif.

KANAK-KANAK. Keadaan kurang tidur kadangkala boleh meniru gejala-gejala Kurang Tumpuan/Gangguan Hiperaktif (ADHD), termasuk mengalihkan perhatian, impulsitiviti dan kesukaran mengekalkan tumpuan. (Malahan, gejala-gejala ADHD lebih kerap di kalangan kanak-kanak dengan gangguan tidur.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAGAIMANA TIDUR JEJASKAN OTAK

TIDAK CUKUP TIDUR