TIDUR: RAKAN KARIB KANAK-KANAK
KANAK-KANAK sekarang berjaga tanpa mengira masa. Di AS, 25% kanak-kanak mengalami masalah tidur termasuk berjalan dalam tidur dan gangguan hormon yang melambatkan pembesaran mereka. Kanak-kanak amat perlukan tidur kerana kekurangannya hanya mengganggu kehidupan mereka. Tidur yang nyenyak mencetuskan rembesan hormon pembesaran (HGH). Kekurangannya menyebabkan kanak-kanak kurang berat badan. Rembesan itu sebahagiannya bergantung kepada suhu badan ketika tidur. Tidur menyebabkan penurunan suhu dan hormon. Jika kanak-kanak terus berjaga, suhunya kekal tinggi dan HGH terbantut. Jadual tidur yang tidak menentu turut mengganggu kimia tubuh. Hormon tiroid (yang mempengaruhi paras tenaga ) boleh terlontar, begitu juga kortisol, yang membantu tubuh bertindak balas kepada stres , misalnya melawan jangkitan dan mengawal paras gula dalam darah . Kanak-kanak yang tidak cukup tidur sering berkelakuan aneh , kurang memberi tumpuan , mudah meradang dan tidak sabar . Mereka sukar berkaw...